Serangan H1N1 pada tahun 2011!?

Kematian yang disebabkan oleh virus H1N1 pada tahun ini amat membimbangkan dan mungkin mencapai tahap yang lebih kritikal berbanding pada tahun sebelumnya. Pada awal tahun ini sahaja, serangan virus H1N1 telah menyebabkan kematian di negara Greece mencapai 112 kematian menurut maklumat yang disampaikan oleh pihak berkuasa berkaitan. Selain itu, terdapat bilangan seramai 121 orang kini mendapat rawatan intensif disebabkan virus tersebut. 
Pakar menganggarkan jumlah kematian bakal meningkat pada tahun ini. Kebarangkalian serangan yang bakal melanda pada tahun ini akan mencapai tahap yang kritikal
 
Laporan yang telah diterima dari  "National School of Public Health", 30 peratus pesakit telah dimasukkan ke ICU yang telahdisahkan mendapat jangkitan tersebut tidak berjaya diselamatkan. Sehubungan dengan itu, purata bagi mereka yang mendapat jangkitan tesebut 53 - 57 peratus adalah terdiri daripada kaum lelaki.

Laporan Epidemik pada tahun 2011 menunjukkan seramai 126 orang pesakit telah dimasukkan ke dalam ICU, berbanding 70 orang pesakit pada tahun 2010. Para saintis turut menegaskan bahawa rawatan yang telah disalurkan kepada unit ICU menjadi dua kali ganda. Mereka turut menyatakan segelintir pesakit tidak mendapat rawatan sepenuhnya keran virus H1N1 kini sedang mengganas dan seterusnya tidak mendapat vaksin yang setimpalnya. Selebihnya, terdapat ramai lagi dalam kalangan masyarakat yang tidak menyedari akan hal yang telah berlaku di sekitar mereka dan masih tidak berwaspada akan kewujudan virus tersebut.
Category: 0 comments

Kejadian Di dalam Lif ???

               Pada suatu petang, sepasang kekasih sedang berjalan-jalan di shopping kompleks Sabah iaitu Centre Point @ lebih dikenali sebagai CP. Mereka ingin meluangkan masa bersama sepanjang hari sempena menyambut Valentine's Day. Mereka berdua teringin untuk menonton wayang lalu mereka pun menggunakan lif untuk naik ke tingkat atas. Ketika itu, ada seorang wanita seksi berada di dalam lif tersebut. Secara tiba - tiba, wanita itu menampar si jejaka.


Wanita Seksi : Kurang ajar punya jantan, dah ada kapel nak sentuh-sentuh punggung 
                          orang lain pula!
Lelaki            : ??? Ha?
Wanita seksi : Lain kali jaga sikit perangai tu, lelaki miang!


Lelaki tersebut terkesima, lalu memandang ke arah kekasihnya dan berkata :

Lelaki : Ney, betul saya tak sentuh pun pompuan tu. Percayalah!


Girlfriend dia hanya terdiam dan tiba-tiba ketawa


Girlfriend : Saya percaya ney, sebab saya yang pegang punggung wanita tadi tu...
                   Jadi, tak adalah kamu terpikat ngan dia...




- The story is just for fun... BTW, Happy Valentine's Day to all my Friends & Family...
  Send your love on and on....
Category: 0 comments


Fill up your days with lots of emotions!