Kematian yang disebabkan oleh virus H1N1 pada tahun ini amat membimbangkan dan mungkin mencapai tahap yang lebih kritikal berbanding pada tahun sebelumnya. Pada awal tahun ini sahaja, serangan virus H1N1 telah menyebabkan kematian di negara Greece mencapai 112 kematian menurut maklumat yang disampaikan oleh pihak berkuasa berkaitan. Selain itu, terdapat bilangan seramai 121 orang kini mendapat rawatan intensif disebabkan virus tersebut.
Pakar menganggarkan jumlah kematian bakal meningkat pada tahun ini. Kebarangkalian serangan yang bakal melanda pada tahun ini akan mencapai tahap yang kritikal.
Laporan yang telah diterima dari "National School of Public Health", 30 peratus pesakit telah dimasukkan ke ICU yang telahdisahkan mendapat jangkitan tersebut tidak berjaya diselamatkan. Sehubungan dengan itu, purata bagi mereka yang mendapat jangkitan tesebut 53 - 57 peratus adalah terdiri daripada kaum lelaki.
Laporan Epidemik pada tahun 2011 menunjukkan seramai 126 orang pesakit telah dimasukkan ke dalam ICU, berbanding 70 orang pesakit pada tahun 2010. Para saintis turut menegaskan bahawa rawatan yang telah disalurkan kepada unit ICU menjadi dua kali ganda. Mereka turut menyatakan segelintir pesakit tidak mendapat rawatan sepenuhnya keran virus H1N1 kini sedang mengganas dan seterusnya tidak mendapat vaksin yang setimpalnya. Selebihnya, terdapat ramai lagi dalam kalangan masyarakat yang tidak menyedari akan hal yang telah berlaku di sekitar mereka dan masih tidak berwaspada akan kewujudan virus tersebut.
0 comments:
Post a Comment