SOAL JAWAB APA SAJA MASALAH DANIELLA MAY AKAN MENYELESAIKANNYA DARI A SAMPAI Z.


Daniella, saya ada masalah bha, masalah ini kadang-kadang sukar untuk diubati walaupun makan panadol. Setiap malam kalau saya tidur ada saja yang mengganggu seperti mimpi hantu dan pontianak lelaki datang mengganggu ketenteraman jiwaku. Bagaimanakah menyelesaikan masalah ini? Tolong beri jawapan cepat-cepat.
Daripada saudara Elmau.
Jawapan : Ya saudara Harimau ops! silap bukan harimau tetapi Elmau. Untuk menyelesaikan masalah anda itu bukan susah senang saja, saudara kalau malam-malam mimpi hantu janganlah tidur di waktu malam, tidur siang-siang pasti tiada hantu mengganggu anda.

Daniella, saya masih remaja dan belia, masalah saya ini, saya rasakan diri seperti orangnya handsome apabila saya melihat cermin setiap bangun pagi. Adakah itu satu masalah. Tulung beri jawapan dengan sms kio and then kita dating boleh? Si handsome.
Jawapan : Ya, saudara perasan. Sebenarnya itu bukan satu masalah tapi satu kesilapan. Peace no war.

Hallow. Ne cerita saya, sejak kebelakangan ini, apabila saya naik bas saya selalu pening perut bagaimana menyelesaikan masalah ini? Tulung jawap dengan e-mail saya kio? Turiding gimpot.
Jawapan : Jangan naik bas. Jalan kaki baru kau tau.

Saudari Daniella, mengapakah saya ini selalu dilamun cinta setiap malam. Pagi dan tengahari. Bagaimanakah menyelesaikan masalah ini? Tugalang bin Guransai.
Jawapan : Kurangkan tinguk wayang Hindustan dan kalau mau tidur siring-siring katil supaya kalau jatuh anda lupa dilamun cinta kerana kesakitan
Sis Daniella, Saya inni seorang gurl yang IC bernombor 0123456789. Masalah saya IC saya hilang dan bukan itu saja, saya lupa nama di dalam IC saya. bagaimanakah menyelesaikan masalah ini dengan serta merta. Love : PTI
Jawapan : Itu senang saja, panggil polis dan minta tangkap supaya dihantar pulang free, label dan cop.

Daniella, kemarin, sewaktu saya makan ketam saya tak tahan kulitnya keras, macam ketam. Apa yang harus saya buat ini? Mat Udang.
Jawapan : Senang saja bha tu, tukar selera, makan udang tak payah susah-susah buka kulit.
Daniella, setiap hujung minggu, apabila kami pigi bersiar-siar kami selalu terjumpa ular di tengah jalan. Bagaimanakah menyelesaikan masalah ini supaya tidak jumpa ular di tengah-tengah jalan?
Jawapan : Jalan siring-siring

Saudari Daniella, sejak kebelakangan ini saya selalu muntah-muntah. Kadang-kadang kahak saya bercampur hingus kekuning-kuningan dan hijau-hijauan. Adakah saya mengahadapi kencing manis atau darah tinggi?
Jawapan : Saudara sebenarnya bukan kena penyakit kencing manis atau darah tinggi tetapi saudara kena penyakit salesman ops! Silap bukan salesman tetapi selesma, iaitu hingus berwarna-warni. Untuk mengetahui penyakit anda seterusnya silalah panggil bomba.
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment



Fill up your days with lots of emotions!