Kerana Bosan maka....

Cuaca petang ne sungguh panas, bosan pula saya dalam bilik. Tak banyak perkara yang boleh dilakukan.
Roomate saya semuanya nyenyak tidur, gue pula yang tak dapat tidur sebab dah menjadi satu kebiasaan bagi gue untuk tidak tidur di waktu petang ( Ada orang kata jika seseorang itu tidur di waktu petang maka otaknya akan menjadi lembab??? Hahaha.... ) Ayat inilah yang telah mengubah tabiat aku untuk tidur di waktu petang agaknya, sebaliknya pada waktu-waktu yang lain, selalu pula saya ni tidur.... Hahaha.... ( Sleepy head )
                        Apa lagi, pada waktu lapang macam inilah saya paling suka dengar lagu, macam dah jadi orang yang pekak pula tu, langsung tak pedulikan bunyi-bunyi yang lain... Apa tidaknya, dengar dalam nada maksimum... hahaha....
Sejak saya berada kat UiTM ne, macam-macam perkara yang berlaku. Ingatkn boleh juga jadi pelajar yang LP ( Low Profile ) di tempat ni... Bukan apa cuma, kalau HP ( High Profile ) ni, macam-macam kritikan yang akan kita dengar terutamanya jika ada orang yang kurang suka akan kita... TAPI..... Susah pula kalau jadi macam tu kat sini, nanti apa-apa perkara yang berlaku di sekeliling kita tidak tahu... Macamlah tak biasa, padahal masa sekolah menengah dulu pernah juga jadi ketua pelajar sekaligus jadi ketua pengawas sekolah... Cuma bezanya saya masih baru kat tempat ni, perasaan takut tu masih ada.... Mahu tak mahu terpaksalah aktif dalam apa-apa bidang yang berkaitan dengan kemampuan... Pedulilah apa orang lain nak kata & fikir, sometimes critics makes us strong...
Kelab Mandarin lagilah, tak sangka pla jadi bendahari untuk next Semester... Waduh-waduh, kerja mengumpul duit nilah yang paling gue ngak suka ne...
Takkanlah aku ni ditakdirkan untuk bersahabat dengan Mr Crab??? Dia ni lagi???


Asyik-asyik duit saja yang diutamakan....
Walaubagaimanapun, dah menjadi undian majoriti so aku kenalah terima cabaran ini.... Apa boleh buat...??
 Hm... Banyak juga laman web yang saya layari hari ini.... Suka pula saya dengan apa yang saya download ne.....

 If I had A second chance??? Hm... Bagi saya pula, peluang kedua ni hanya layak bagi orang yang benar-benar menghargainya.. Begitu juga dengan persahabatan, saya tak pernah meragui keikhlasan daripada rakan-rakan saya. Seandainya mereka melakukan sesuatu yang benar-benar melukakan hati ini, (Aiseh...) saya tidak benci akan apa yang mereka telah lakukan dan juga dapat memaafkan mereka. Namun, kesannya akan dirasai kerana saya akan cuba mengasingkan diri daripada orang itu secara perlahan-lahan walaupun mereka sudah meminta maaf... ( Semua orang pun macam itukan?? Mungkin??? ) tanpa mereka sedari... 
                      Dah puas dah saya rasakan perasaan ini cuma saya hanya boleh salahkan diri sendiri kerana mempercayai mereka sebelum ini... Apa nak buat, saya ni mang orang yang tak ketentuan pun... ( ERRATIC I supposed to say ) Even some of my friend pun cakap aku ni orang yang sukar difahami, tak ada ribut @ taufan tiba-tiba jadi senyap dan kadangkala menjadi seorang yang bising pada hari yang sama... Apa-apalah yang penting gue bahagia... Hahaha....^~^
Category: 1 comments

1 comments:

Anonymous said...

Kenapa yg len 2 English yg ne je English???

Post a Comment



Fill up your days with lots of emotions!